Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Perak Kembali Aktif COVID-19 Lepas Jadi Zon Hijau 1 Mei Lalu

Selepas diisytiharkan sebagai zon hijau pada 1 Mei lalu, negeri Perak kini mencatatkan dua kes aktif koronavirus (COVID-19).

Menurut Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, dua kes positif COVID-19 di Perak ini adalah melibatkan adik-beradik warga tempatan.

Advertisement

Kedua-dua kes adalah dari Setiawan dan masing-masing berusia 29 dan 30 tahun, dikesan melalui saringan sebelum kembali bekerja. Kedua-dua kes juga tidak menunjukkan gejala.

perak kembali aktif covid-19 lepas jadi zon hijau 1 mei lalu

Bagaimanapun punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.

Dalam perkembangan lain, KKM turut melaporkan terdapat 67 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat 10 Mei, dimana 49 daripadanya adalah dari kalangan bukan warganegara Malaysia.

49 daripada 67 kes baru covid-19 hari ini adalah dari bukan warganegara malaysia

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini