Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Perhatian! Permohonan BPR Tu Percuma Sahaja, Jangan Percaya Kalau Ada Suruh Bayar

perhatian! permohonan bpr tu percuma sahaja, jangan percaya kalau ada suruh bayar

Hari ini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan kenyataan akan penipuan mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Kenyataan tersebut telah dimuatnaik oleh pihak LHDN melalui laman Facebook rasmi mereka.

Advertisement

Menurut agensi itu, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan BPR. Jadi, LHDN telah menegaskan bahawa permohonan BPN adalah PERCUMA dan pemohon tak perlu bayaran apa-apa.

Selain itu, LHDNM juga tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang tersebut.

Kalau korang masih ragu-ragu, terus je hubungi pihak LHDN melalui talian hotline BPR LHDNM 1-800-882747. Kalau tak boleh, korang boleh pergi ke HASiL Live Chat serta beberapa cara lagi.

Maklumkan perkara ini juga kepada ibu bapa di kampung, adik-beradik dan kawan-kawan.

perhatian! permohonan bpr tu percuma sahaja, jangan percaya kalau ada suruh bayar

perhatian! permohonan bpr tu percuma sahaja, jangan percaya kalau ada suruh bayar

Sumber: Facebook LHDNM

ERA Muzik Hit Terkini