Menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), sebarang aktiviti pertubuhan seperti program, aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan adalah dilarang sehingga 30 Jun 2020.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JPPM, sebagai sebuah jabatan kerajaan yang mengawal selia pertubuhan-pertubuhan berdaftar di Malaysia, arahan ini melibatkan pelbagai program termasuk mesyuarat pertubuhan di pelbagai peringkat.
Advertisement
"Mesyuarat-mesyuarat ini perlu dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing. Walau bagaimanapun, memandangkan situasi penularan COVID-19 ini semakin meruncing ketika ini, maka JPPM memaklumkan bahawa semua pertubuhan adalah DILARANG daripada mengadakanprogram/aktiviti/ persidangan/ perhimpunan/ mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan," menurut kenyataan itu selaras dengan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah peruntukan Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Namun, jika wabak COVID-19 masih dalam situasi meruncing sehingga tarikh 30 Jun 2020, maka pertubuhan hendaklah mengemukakan permohonan kepada JPPM bagi perlanjuran tempoh daripada tarikh awal yang ditetapkan.
Ia adalah bertujuan bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pertubuhan berdaftar ke atas undang-undang tubuh pertubuhan serta Akta 335.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani