Skip to main content

Advertisement

Hiburan

''Kami Lebih Takut Tuhan..'', Perhimpunan Tabligh Di Sulawesi Tetap Akan Diadakan?

Satu acara yang hampir sama di Masjid Sri Petaling dilaporkan akan berlangsung di Gowa, Sulawesi, digelar Ijtima' Dunia 2020 Zon Asia, telah mendapat tentangan ramai pihak.

Perhimpunan yang dijangka dihadiri kira-kira 8,695 peserta dari 48 negara itu pada awalnya telah diluluskan, namun ekoran daripada penularan COVID-19 ketika ini membuatkan pihak berkuasa disana kini sedang meminta penganjur untuk membatalkannya.

Advertisement

"Kami lebih takut kepada Tuhan. Manusia takutkan penyakit dan kematian. Tapi ada sesuatu yang lebih penting daripada tubuh, iaitu jiwa," kata penyelaras acara itu, Mustari Bahranuddin, kepada Reuters.

Tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada ada peserta dari Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut, namun menurut MalaysiaKini terdapat 83 warganegara Malaysia sudah berada disana ketika ini.

Selain itu, ketua wilayah Gowa berkata pihaknya akan memastikan pemeriksaan kesihatan akan dijalankan bagi memastikan tahap kesihatan peserta-peserta ini.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Awani / Malaysiakini.

ERA Muzik Hit Terkini