Negara Peru melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang berbeza dengan negara lain, iaitu mengikut kepada jantina.

Menurut Presiden Peru, lelaki hanya dibenarkan keluar rumah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, manakala wanita pula pada Khamis. Namun tiada siapa dibenarkan keluar rumah pada Ahad.
Advertisement
Beliau berkata, penguatkuasaan perintah baru itu akan berakhir pada 12 April ini selepas dimulakan pada 16 Mac lalu.
Tambah lagi, kaedah pengasingan ikut jantina ini akan mengurangkan separuh jumlah orang awam dikawasan terbuka pada satu satu masa.
Setakat ini, Peru mencatatkan 1,414 kes jangkitan COVID-19 dengan 55 kematian setakat ini.

Sumber: The Jakarta Post