Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020 - PM

Memetik perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 april 2020 - pm

Menurut Perdana Menteri, sehingga kini sudah 95 peratus rakyat mematuhi perintah yang telah berkuatkuasa sebelum ini. Ia dapat dilihat daripada jalan raya yang lengang, pusat-pusat membeli belah ditutup, pusat-pusat rekreasi awam juga lengang dan ramai yang telah mematuhi nasihat duduk diam-diam di rumah.

Advertisement

Dalam masa seminggu, jumlah kes positif COVID-19 telah meningkat sekali ganda dan kematian angkara COVID-19 ini juga meningkat kepada 17 kes setakat ini.

Pengumuman pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ini juga telah diumumkan lebih awal supaya orang ramai lebih bersedia.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini