Satu lagi kawasan telah dikenalpasti untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), iaitu di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020.

PKPD ini akan berkuatkuasa sehingga 13 April depan, susulan pengesahan 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah, di Batu 23, Sungai Lui.
Advertisement
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, tujuan PKPD itu dilaksanakan di kawasan tersebut adalah bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.
PKPD di kawasan ini meluputi 7 kampung, iaitu dua perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu, melibatkan 3,918 orang penduduk di 700 buah rumah.
Ekoran daripada itu semua penduduk dan pelawat yang berada dikawasan itu tidak dibenarkan keluar rumah, manakala orang luar pula langsung tidak dibenarkan masuk ke kawasan terbabit.
Kesemua jalan keluar dan masuk ke kawasan berkenaan akan ditutup, manakala sebarang aktivitu perniagaan akan dihentikan.
Makanan asas yang mencukupi juga akan dibekalkan untuk tempoh 14 hari kepada semua penduduk.
Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 / 03-89114200.
Sumber: Awani