Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Semua Orang Tak Sabar Nak Buat 5 Benda Ni Bila Raya


Selamat hari raya! Bila tibanya raya pasti ada beberapa perkara yang kita rindu dan teruja nak buat. Terutama sekali bila balik kampung. Nama pun setahun sekali kan mesti lah sakan! Ni kami senaraikan 5 benda yang orang memang teruja bila raya. 

#1. Melaram sakan

Bila raya ni lah semua orang nak show off baju raya baru. Baju siapa paling style. Bukan setakat tu je, maka bersepah lah orang post gambar raya dengan #OOTDRAYA

#2. Lemang dan rendang

Kalau raya pertama, ini lah menu wajib yang semua orang cari. Ada je orang jual lemang mana-mana sekarang ni kalau bukan musim raya pun. Tapi feel makan lemang dan rendang masa raya ni lain macam weh! 

#3. Beraya rumah favorite

Bila tiba je raya, mesti korang akan ada satu rumah favorite yang korang tak akan terlepas nak pergi. Memang setiap tahun paling menunggu lah nak pergi rumah tu. Ehem, rumah siapa ya?
 

#4. Apa lagi duit raya lah!

Siapa yang tak excited dapat duit raya weh? Kalau dah besar panjang ni pun masih dapat duit raya, pergh memang syok la!
 

#5. Jumpa saudara mara

Bila kau ada sepupu sepapat yang rapat, masa ni lah nak bergosip dan update cerita masing-masing. Tapi paling tak bestnya bila dapat soalan, "Bila nak kahwin?" 


 
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

Advertisement

ERA Muzik Hit Terkini