Perlis menjadi negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada jangkitan COVID-19 selepas kesemua kes positif dinegeri ini kini pulih sepenuhnya.
Menerusi data yang dikeluarkan oleh CPRC Kebangsaan, kesemua daerah itu kini berada dibawah zon hijau.
Advertisement

Selain Perlis, Kelantan turut mencatatkan pencapaian yang baik dimana kini hanya Kota Bharu dan Tanah Merah yang merekodkan kes aktif iaitu enam dan satu kes. Manakala tujuh daerah lain berada di zon hijau.
Dalam perkembangan lain, Cheras yang sebelum ini zon jingga, kini diisytiharkan sebagai zon merah selepas kes aktif meningkat kepada 43 kes. Ini sekaligus menjadikann kesemua zon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumput sebagai zon merah dengan kawasan Lembah Pantai tertinggi iaitu sebanyak 347 kes.

Setakat 12 tengah hari semalam, Perlis jadi negeri pertama catat 0 kes aktif Covid-19.
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) April 22, 2020
Kedah dan Kelantan pula masing-masing masih berbaki 7 kes aktif diikuti Pulau Pinang (13) dan Perak (15) https://t.co/ZHluIxL3n8 pic.twitter.com/yNXuRHIKt4
Sumber: CPRC Kebangsaan