Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Perokok Ingkar Mungkin Di Denda Cuci Tandas Awam Dan Kutip Sampah

Umum mengetahui tentang larangan merokok di premis makanan yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Januari 2020.

perokok ingkar mungkin di denda cuci tandas awam dan kutip sampah

Advertisement

Menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak mereka kini dalam proses pertimbangan untuk denda kepada pesalah yang ingkar kepada larangan ini, iaitu dengan melakukan kerja-kerja sosial seperti mencuci tandas, mengutip sampah dan memotong rumput.

"Dengan cara ini kita berharap tiada lagi persepsi siapa ada duit boleh buat kesalahan," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebelum ini, KKM telah memberi penangguhan untuk penguatkuasaan undang-undang dipremis makanan selama 6 bulan dan berakhir Disember ini.

Sepanjang penangguhan ini, pohak KKM telah meningkatkan penguatkuasaan pendidikan termasuk mempromosi Perkhidmatan Berhenti Merokok KKM bagi menggalakkan perokok berhenti merokok.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini