Seorang perompak mungkin menyesal seumur hidupnya selepas tersalah merompak seorang mangsa yang mahir seni mempertahankan diri dari Brazil, Jiu-Jitsu.
Menerusi video yang dimuatnaik di Youtube, lelaki yang dikatakan berniat merompak seorang gadis yang bernama Sabrina Leite di Jorge Teixeira, Brazil. Walaubagaimana pun, mangsa dikatakan mempunyai kelebihan dalam seni mempertahankan diri Jiu-Jitsu.
Advertisement


Dipetik dari portal berita The Sun, Sabrina pada mulanya mengesyaki sesuatu selepas melihat kelibat 2 orang lelaki yang menaiki motosikal, mundar-mandir dikawasan rumahnya.
Selepas itu, salah seorang perompak berkenaan memaksa Sabrina untuk menyerahkan telefon bimbitnya, dan Sabrina segera mempamerkan skill Jiu-Jitsu nya. Lelaki berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa tempatan tidak lama selepas itu.

Sumber: The Sun
