Kesan daripada penularan koronavirus (COVID-19), persidangan meja bulat bertajuk Doing Business Under Coronavirus (Menjalankan Perniagaan Ketika Koronavirus) yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini di New York telah dibatalkan.

Majlis Hubungan Luar (CFR) turut membatalkan persidangan lain yang dijadualkan berlangsung hingga 3 April depan.
Advertisement
Pembatalan ini juga termasuk beberapa program kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di beberapa lokasi di Amerika Syarikat (AS).

Minggu lalu, New York mengesahkan kes pertama coronavirus (Covid-19) membabitkan seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an dijangkiti virus berkenaan selepas lawatan ke Iran dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.
Setakat ini, sudah lebih 120 ribu kes positif COVID-19 dengan 4,633 kematian di 114 negara dan kawasan.

Untuk perkembangan lain berkenaan COVID-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Sinar Harian