Sesi pencarian Personaliti Top ERA 2019 kini masuk hari ke-8 dengan menyaksikan seorang lagi peserta telah disingkirkan.
Syadi Mohd Noor telah diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah dalam tugasan yang diberikan kepada 9 finalis akhir Personaliti Top ERA MILO 2019.
Advertisement
Hari ini kesemua peserta diminta untuk membuat content video bersama senior mereka di ERA iaitu Hani dan Daniel. Namun nasib tidak menyebelahi Syadi apabila beliau diumumkan tersingkir kerana mendapat markah yang rendah.
Perjalanan 8 lagi peserta akhir ini diteruskan dengan pelbagai lagi cabaran yang menanti. Siapa agaknya yang akan menjadi juara Personaliti Top ERA MILO 2019? Jangan lupa saksikan FB Live Finale Personaliti Top ERA pada hari Jumaat ini jam 3 petang secara langsung hanya di Facebook ERA!