Skip to main content

Advertisement

Hiburan

PKP Disambung Lagi Sehingga 28 April 2020 - Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi 2 minggu, bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

pkp disambung lagi sehingga 28 april 2020 - perdana menteri

Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri sendiri dalam satu Perutusan Khas pada jam 4 petang, 10 April 2020 atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan barisan pakar yang lain.

Advertisement

Menurut beliau, pelaksanaan PKP sepanjang hampir sebulan lalu telah mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Kes-kes jangkitan positif COVID-19 setakat ini adalah terkawal iaitu dibawah 7%, dibawah garis WHO iaitu 10%.

Tambah lagi, jika trend penurunan ini berterusan untuk 2 minggu akan datang, nescaya Malaysia mampu membendung penularan wabak ini.

Perdana Menteri turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua barisan hadapan atas sumbangan dan tanggungjawab yang dilaksanakan sepanjang PKP dilaksanakan sebelum ini.

Sebelum ini, pada 25 Mac lalu, Perdana Menteri juga pernah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan disambung sehingga 14 April 2020.

Sumber: Awani / Astro Radio News

ERA Muzik Hit Terkini