Seorang pesakit COVID-19 dilaporkan mati selepas keluarganya mencabut plug pada mesin bantuan pernafasan kerana mahu memasang air-cond.

Lelaki yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di MBS Hospital di Rajasthan, utara India dilaporkan telah dilawat oleh ahli keluarga terdekatnya baru-baru ini.
Advertisement
Sementara menunggu dalam bilik ICU, ahli keluarga mangsa dikatakan mengadu kepanasan, sebelum bertindak memadamkan plug yang disambung kepada ventilator dan memasangkan suis penghawa dingin.
Selang beberapa ketika, kuasa bateri pada ventilator telah habis, menyebabkan mangsa mengalami masalah pernafasan, sebelum meninggal dunia serta merta.
Ahli keluarga yang panik sempat melakukan pernafasan mulut ke mulut, namun ia sudah terlambat.
Sumber: Daily Star