Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pesakit Positif COVID-19 Lepas Pulang Dari Bali, Indonesia Anggap Itu Khabar Angin

Seorang warganegara China telah dikesan positif COVID-19 selepas pulang dari pulau peranginan popular Bali pada hujung bulan lalu.

wanita dari wuhan ditangkap sengaja ludah pada pemegang pintu, lebih 30 individu dijangkiti

Pesakit berkenaan dilaporkan menaiki pesawat jenis Lion Air JT618 dari Wuhan ke Bali pada 22 Januari lalu dan pulang semula ke negaranya menerusi penerbangan Garuda Indonesia, GA858 dari Bali ke Shanghai.

Advertisement

Menurut The Jakarta Post, pesakit itu disahkan positif COVID-19 pada 5 Februari lalu, iaitu seminggu selepas pulang dari pulau peranginan tersebut.

pesakit positif covid-19 lepas pulang dari bali, indonesia anggap itu khabar angin

Pihak berkuasa Indonesia bagaimanapun masih cuba mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini dan Kementerian Kesihatan Indonesia pula menganggap laporan berkenaan sebagai khabar angin semata-mata.

Pihak berkuasa Anhui juga telah menggesa semua penumpang pesawat-pesawat berkenaan untuk melaksanakan pemeriksaan dan langkah pencegahan serta merta.

"Dipohon jangan keluar rumah untuk seketika dan jika anda mengalami demam, sila ke hospital berdekatan," jelas kenyataan itu.

"Sila pakai penutup muka semasa perjalanan ke pusat kesihatan dan jangan gunakan pengangkutan awam," tambah kenyataan itu.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini