Banyak cara yang cuba dilakukan oleh pemerintah dan pihak berkuasa di India untuk mencegah penyebaran wabak COVID-19. Antaranya adalah dengan hukuman sebat, ketuk ketampi dan juga menulis permohonan maaf sebanyak 500 kali.
Terbaru, pihak berkuasa di Tamil Nadu, India, telah memperkenalkan cara baru dalam menghukum rakyatnya yang ingkar kepada arahan perintah berkurung atau lockdown, dengan meletakkan mereka bersama 'pesakit' COVID-19.
Advertisement

Menerusi video yang tular dilaman sosial @media.virals, kelihatan tiga orang pembonceng motosikal telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan melanggar arahan perintah berkurung. Akibatnya, mereka telah diletakkan ke dalam sebuah ambulans yang mempunyai 'pesakit' COVID-19 yang sebenarnya menyamar.



Sedar yang mereka akan dijangkiti wabak berkenaan, ketiga-tiga pesalah ini kelihatan sangat takut dan cuba untuk keluar daripada ambulans itu menerusi tingkap.
Sumber: Minews.id