Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bandingkan Dengan Gadis Paling Cantik Di Dunia, Pesara Ini Tetap Pilih Isterinya Usia 66 Tahun

Seorang pesara tetap dengan pendiriannya bahawa isterinya yang kini berusia 66 tahun adalah wanita paling cantik di dunia.

bandingkan dengan gadis paling cantik di dunia, pesara ini tetap pilih isterinya usia 66 tahun

Richard Freemantle, memberikan komen mengenai Yael Shelbia yang dinobatkan sebagai gadis paling cantik di dunia.

Advertisement

bandingkan dengan gadis paling cantik di dunia, pesara ini tetap pilih isterinya usia 66 tahun

Walaupun dia bersetuju model itu cantik dan menarik, dia menganggap pasangannya Christine seharusnya mendapat tempat teratas sebagai pengganti gadis itu.

Lelaki yang berasal dari Portsmouth ini berkata: “Dia memang menarik perhatian tetapi masih tidak secantik isteri saya.”

bandingkan dengan gadis paling cantik di dunia, pesara ini tetap pilih isterinya usia 66 tahun

Kenyataannya itu menjadi tular dan dikongsi di Facebook dan Twitter, menerima ribuan tanda suka dan komen.

Antara komen yang diterima Richard adalah seperti:

"Aw, inilah perkara yang sangat manis untuk dilihat."

"Lelaki yang baik, berkahwin dengan wanita yang tepat dan anda akan selalu memujanya."

"Ini sangat menawan. Dapatkan lelaki yang mencintai kamu sama seperti lelaki ini yang mencintai isterinya."

Dalam satu undian yang dilakukan oleh TC Candler, Yael Shelbia, 19, telah memenangi kategori 100 wajah paling cantik sepanjang tahun lalu.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini