Sebuah pesawat yang membawa pasukan perubatan dilaporkan terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) jam 8 malam, Ahad waktu tempatan.

Insiden terbabit sekaligus mengorbankan kesemua lapan orang di dalamnya, seperti yang dilaporkan Awani.
Advertisement

Pesawat RPC 5880 itu membawa lapan penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan teman pesakit warga Amerika.

Menurut laporan awal, pesawat terbabit yang digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina mahu berlepas ke Jepun, dan bertindak sebagai aset penting dalam usaha menyekat penyebaran wabak COVID-19.
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan negara itu menafikan bahawa pesawat itu digunakan sebagai membawa bekalan perubatan ke lokasi penularan wabak COVID-19 di Filipina.
“Landasan itu ditutup sementara, pasukan penyiasat daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat, Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina sedang mengenal pasti punca kejadian,” ujar satu kenyataan rasmi daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA).
WATCH: Isang aircraft, bumagsak sa Runway 24 ng Ninoy Aquino International Airport.
— DZBB Super Radyo (@dzbb) March 29, 2020
📹 Japs de Leon pic.twitter.com/W1mM7vvUKH
The plane caught fire and exploded as it was taking off the NAIA runway 24.
— Richard J. Gordon (@DickGordonDG) March 29, 2020
Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 9.02 malam waktu tempatan.

Sumber: Awani