Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pesawat Bawa Peralatan Perubatan COVID-19 Terhempas Di Somalia

Sebuah pesawat yang membawa bekalan bantuan perubatan COVID-19 dilaporkan terhempas di Somalia pada Isnin, seperti yang dilaporkan oleh Awani.

pesawat bawa peralatan perubatan covid-19 terhempas di somalia

Pesawat kendalian East African Express Airways itu dilaporkan terhempas di bandar Bardale menyebabkan kesemua enam penumpang dan juga kru meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement

pesawat bawa peralatan perubatan covid-19 terhempas di somalia

Pesawat yang membawa warga Kenya dan Somalia itu juga dalam perjalanan menghantar peralatan perubatan ke bandar, namun terhempas menyebabkan juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, juruterbang pelatih, serta dua orang yang bekerja untuk syarikat penerbangan maut.

pesawat bawa peralatan perubatan covid-19 terhempas di somalia

Setakat ini hanya lima mayat berjaya ditemui.

Abdirashid Abdullahi Mohamed mendakwa saksi ada melihat pesawat itu yang cuba untuk mendarat pada awalnya terpaksa berpatah balik kerana ada haiwan liar di landasan, namun ia ditembak di sayap pada cubaan kedua untuk mendarat.

Terdahulu, kejadian yang hampir sama juga pernah berlaku di Filipina pada akhir Mac lalu selepas sebuah pesawat yang membawa pasukan perubatan terbakar lalu meletup di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA).

pesawat bawa pasukan perubatan terbakar lalu meletup di filipina malam tadi

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini