Sebuah prototaip pesawat pertama buatan Indonesia dilaporkan tersangkut pada pintu masuk plaza tol ketika dalam proses pemindahan.

Pesawat yang dibuat pada tahun 1995 itu dikatakan akan dipamerkan di Muzium Pusat Angkatan Udara Indonesia, di Yogyakarta dekat Jawa Tengah.
Advertisement
Menurut pihak berkuasa, pesawat jenis Turboprop Gatotkaca N250 itu sedang dalam perjalanan dari Jawa Barat.

Pemandu trak yang membawa pesawat berkenaan tidak sedar akan muatannya yang terlalu tinggi ketika melalui plaza tol Banyumanik.
“Kami membantu trak berkenaan mengundurkan kenderaannya serta membawa ia ke pintu gerbang yang lebih besar bagi membolehkan ia boleh melepasi jalan itu.
“Bagaimanapun, tiada kerosakan teruk pada pesawat mahupun pintu tol berkenaan,” katanya.
Prototaip pesawat N250 yang dibina pada tahun 1995 ini juga menjadi kebanggaan rakyat Indonesia, telah berjaya dialihkan selepas lebih tiga jam, sebelum meneruskan perjalanan ke muzium dengan selamat.
Sumber: Awani