Selepas 50 tahun berkhidmat, syarikat penerbangan utama Australia, Qantas akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada pesawat Boeing 747.

Ucapan selamat tinggal kali ini bukan yang biasa dilakukan kerana pesawat QF7474 yang melakukan penerbangan terakhir telah membentuk formasi di udara.
Advertisement

Menghasilkan bentuk formasi kangaru di udara, pesawat itu berlepas terbang dari Sydney menuju ke Amerika Syarikat.
Farewell, #Queenoftheskies✈️Today, the last 747 in our fleet, VH-OEJ departed Australia for the final time – adding a special display en roo-te to the US🦘#747farewell pic.twitter.com/KXzNKhxFOH
— Qantas (@Qantas) July 22, 2020
Boeing 747 akan digantikan dengan pesawat yang lebih ringan seperti 787 Dreamliner dan Airbus A350.
Tambah lagi dengan pandemik COVID-19 yang masih melanda ketika ini, perkhidmatan Boing 747 terpaksa ditamatkan lebih awal berbanding perancangan asal mereka pada hujung tahun ini.
Selain Qantas, British Airways juga sudah menamatkan penggunaan Boeing 747 awal bulan ini atas alasan yang sama.
Dikesempatan itu, orang ramai dilihat berkumpul di Lapangan Terbang Sydney untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penerbangan terakhir Boieng 747 ini.

Sumber: Business Insider