Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pesta Kaamatan, 5 Aktiviti Mesti Buat

Kredit gambar utama: Astro Awani

Bulan Mei ni, orang Sabah tentu ndak sabar mau meraih Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan, sebuah perayaan khas amalan tradisi masyarakat Kadazandusun di Sabah setelah selesai musim menuai.

Pesta yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun ini bukan sahaja tertumpu di daerah majoriti masyarakat Kadazandusun seperti Keningau, Tambunan dan Ranau tetapi turut melibatkan seluruh negeri Sabah. Bah check out 5 aktiviti yang kamurang mesti buat pada Pesta Kaamatan!

#1 Berkunjung ke Kadazandusun Cultural Association (KDCA) untuk menyambut Kaamatan dan melihat pertandingan kemuncak, Unduk Ngadau.

pesta kaamatan, 5 aktiviti mesti buat

Kredit: Borneoecotours.com

#2 Makan makanan tradisi seperti hinava dan nonsom serta minum kinomol, lihing, tapai dan montoku.

pesta kaamatan, 5 aktiviti mesti buat

Kredit: ExpatGo

#3 Menyaksikan tarian Sumazau dan Mangalang Magunatip serta pertandingan nyanyian Sugandoi.

pesta kaamatan, 5 aktiviti mesti buat

Kredit: TrekEarth

#4 Menyertai sukan rakyat dan pertandingan bina badan. Antara aktiviti sukan rakyat termasuklah pertandingan menumbuk padi, menjerat kerbau, mengangkat guni padi, gusti tangan, melastik, berjalan menggunakan galah, tarik tali, menyumpit dan berjalan menggunakan selipar gergasi.

pesta kaamatan, 5 aktiviti mesti buat

Kredit: augustinejumat.blogspot.sg

#5 Bertemu sanak saudara yang jarang-jarang bersua muka. Lebih-lebih lagi yang berada jauh di Semenanjung Malaysia.

pesta kaamatan, 5 aktiviti mesti buat

Kredit: ShukurJahar/WordPress

Kini impian kamurang untuk meraikan Pesta Kaamatan bersama keluarga bakal tercapai. Hanya book penerbangan kamurang dengan AirAsia, syarikat penerbangan yang menghasilkan generasi juara! Tempah sekarang di www.airasia.com!         

ERA Muzik Hit Terkini