Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pesta Ular Mengawan Hingga Paksa Taman Ditutup, ''Ada Berpuluh-Puluh Ekor Sekarang..''

Penduduk tempatan menemui puluhan ekor ular sedang berkumpul dikawasan taman di bandar Florida, Amerika Syarikat, sehingga memaksa taman itu ditutup buat sementara waktu.

pesta ular mengawan hingga paksa taman ditutup,

Advertisement

Memetik hantaran di Facebook Jabatan Taman dan Rekreasi Lakeland, reptilia berkenaan kini berkumpul sempena musim mengawan tahunan.

pesta ular mengawan hingga paksa taman ditutup,

Menurut jabatan itu lagi, penutupan taman adalah bagi keselamatan orang ramai dan juga spesis terbabit.

pesta ular mengawan hingga paksa taman ditutup,

"Ia adalah spesies ular air Florida. Ular jenis ini tidak berbisa dan agresif selagi tidak diganggu. Selepas selesai mengawan, ia akan beredar," katanya.

Foto yang tular sejak minggu lalu di laman sosial menunjukkan kira-kira 25 ekor ular sedang berkumpul di taman tersebut dan ia membuatkan ramai berasa geli.

Sumber: Facebook

ERA Muzik Hit Terkini