Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Penumpang Airport Singapura Terjejas Lepas Petugas Tukar 286 Tes Bagasi

Seorang bekas pekerja lapangan terbang dipenjara 20 hari selepas disabitkan kesalahan menukar tes bagasi 286 beg penumpang Singapore Airline dan SilkAir.

ramai penumpang airport singapura terjejas lepas petugas tukar 286 tes bagasi

Advertisement

Ia berikutan rasa tidak puas hati pekerja terbabit atas tugas yang diberikan kepadanya.

Atas perbuatan Tay Boon Keh, 66, beg-beg yang terjejas telah dihantar ke destinasi yang salah dan pihak syarikat terpaksa membayar pampasan bernilai lebih S$42,000 (RM128,000) kepada 221 penumpang yang terjejas.

ramai penumpang airport singapura terjejas lepas petugas tukar 286 tes bagasi

Tay telah ditugaskan untuk menyusun beg penumpang pada mesin pengimbas sebelum dimasukkan kedalam pesawat, namun berang kerana terpaksa menggunakan mesin yang sering rosak. Disebabkan itu, Tay perlu mengangkat beg penumpang ke mesin lain beberapa kali sehari.

Tertuduh yang tidak gembira dengan kerjanya juga dilaporkan menghidap kemurungan.

Sumber: Straits Times

ERA Muzik Hit Terkini