Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Phuket Bakal Buka Sempadan Bermula 1 Julai, Pelancong Sudah Divaksinasi Tidak Perlu Kuarantin

Mulai 1 Julai, Phuket akan mula dibuka kepada pelancong dan dijangka menarik lebih 600,000 pelancong asing dan tempatan bagi memperoleh aliran tunai sekitar 15 bilion baht dalam tiga bulan.

phuket bakal buka sempadan bermula 1 julai, pelancong sudah divaksinasi tidak perlu kuarantin

Advertisement

Menurut Gabenor Phuket, Narong Woonciew, Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menetapkan kira-kira 129,000 pelancong asing dan 500,000 warga tempatan akan mengunjungi Phuket antara Julai dan September.

Tambahnya, beliau mahu semua pihak mengambil tanggungjawab serius, mempercepat persiapan untuk memastikan pembukaan semula berjalan lancar.

“Matlamat utama kami adalah untuk menghidupkan kembali ekonomi tempatan dan pada waktu yang sama mencegah penyebaran pandemik. 

phuket bakal buka sempadan bermula 1 julai, pelancong sudah divaksinasi tidak perlu kuarantin

“Kami berharap dapat menunjukkan kepada penduduk di Phuket dan di bahagian lain negara mengenai manfaat yang akan mereka peroleh daripada pembukaan semula,” katanya.

Malah, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi pengunjung seperti pelancong mesti diberi vaksin sepenuhnya berdasarkan konsep “Phuket Sandbox”. 

phuket bakal buka sempadan bermula 1 julai, pelancong sudah divaksinasi tidak perlu kuarantin

Pelancong yang memasuki Phuket melalui konsep itu tidak perlu menjalani kuarantin, tetapi mereka mesti tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain dalam negara.

Inisiatif ini menjadi pemangkin negara Thailand dalam usaha merancakkan kembali industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat COVID-19 yang melanda.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini