Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sepi Tanpa Pelancong, Phuket Kini Digelar Pulau Berhantu

Jika sebelum ini, Phuket di Thailand cukup meriah dengan kehadiran pelancong daripada serata dunia, nampaknya kawasan itu kini sunyi sepi.

sepi tanpa pelancong, phuket kini digelar pulau berhantu

Advertisement

Selepas penularan wabak COVID-19, suasana meriah di pulau terkenal itu kini hanya kelihatan pekerja pulau yang menunggu kehadiran pengunjung tempatan.

sepi tanpa pelancong, phuket kini digelar pulau berhantu

Kebiasaannya, pantai di Phuket menerima kira-kira sembilan juta pelancong yang mana mereka sanggup bersesak-sesak, kini nampaknya ia sudah kelihatan sepi, kesan daripada pandemik COVID-19.

Malah, kawasan Phuket yang sepi dengan 3,000 hotel telah ditutup, kini digelar sebagai Pulau Berhantu.

sepi tanpa pelancong, phuket kini digelar pulau berhantu

Sebelum ini, 80% daripada keuntungan Pulau Phuket adalah hasil daripada aktiviti perlancongan dengan 300 ribu pekerja disana.

Kini, puluhan ribu pekerja hilang mata pencarian akibat daripada COVID-19.

Sumber: CNA

ERA Muzik Hit Terkini