Biarpun belum reda isu pingat emas gimnas negara yang ditarik balik semalam, timbul lagi kes yang sama kali ini dalam acara lari berpagar.

Advertisement
Atlet 110 meter lari berpagar negara, Rayzam Syah Wan Sofian terpaksa akur dengan pingat perak selepas penganjur mengeluarkan keputusan melalui photo finish.
Melalui photo finish itu, Rayzam hanya terkebelakang sedikit dengan perbezaan masa 0.005 saat sahaja dibelakang pelari dari Filipina, Clinton Kingsley Bautista.

Pegawai olahraga kontijen negara juga mendakwa pengajur enggan melayan bantahan Malaysia untuk menonton semula rakaman video perlumbaan dan menolak permintaan pasukan negara untuk memberi bukti gambar berwarna daripada sudut kiri dan kanan garisan penamat.
Jawatankuasa Pengajuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) juga didakwa tidak berlaku adil kerana enggan menangguhkan upacara kalungan pingat semasa Malaysia sedang membuat bantahan.