Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin boleh dilaksanakan semula sekiranya ramai rakyat Malaysia yang ingkar kepada arahan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, kerajaan kini telah memutuskan fasa nasihat dan amaran sudah berakhir dan mana-mana individu mahupun syarikat yang melanggar peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam PKPB akan dikenakan tindakan undang-undang.
Kerajaan memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir hari ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. pic.twitter.com/xjL1JYSlN3
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 12, 2020
PKPB boleh ditamatkan dan kembali kepada PKP sekiranya rakyat ingkar kepada peraturan yang ditetapkan ketika ini - Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 12, 2020
Advertisement
Dalam pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini, pelaksanaan PKPB akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, dalam usaha memastikan jangkitan COVID-19 dinegara ini dapat diputuskan.
Sumber: Bernama