Bermula 22 Januari ini, seluruh negara akan berada dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali negeri Sarawak.

Ia selepas Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan yang akan mula dikuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 22 Januari dan berakhir pada 4 Februari 2021.
Seluruh negara kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) KECUALI Sarawak yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) January 19, 2021
Advertisement
Pelaksanaan PKP itu juga selepas mengambil jumlah kes positif yang agak tinggi di negeri-negeri ini sehingga 18 Januari 2021.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) January 19, 2021
Sebelum ini, PKP dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sabah dan Melaka, diikuti Kelantan dan daerah Sibu, Selangau dan Kanowit di negeri Sarawak dikenakan perintah sama dari 16 Januari hingga 29 Januari 2021.
Sumber: Astro Awani