Skip to main content

Advertisement

Hiburan

PKPB Diganti Dengan PKPP, Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP).

PKPP kali ini membenarkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula dalam usaha negara memasuki fasa pemulihan, termasuk juga membenarkan aktiviti rentas negeri mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Advertisement

PM juga memberitahu meskipun lebih banyak kelonggaran diberikan kepada orang ramai, pematuhan kepada SOP dan penjarakan sosial adalah masih perlu diadakan.

Dalam pada itu, aktiviti rentas negara adalah tidak dibenarkan kerana sempadan negara masih ditutup. Hanya aktiviti rentas negeri dibolehkan, sambil menggalakkan orang ramai untuk bercuti dalam negara.

Tambah lagi, PM juga menasihatkan orang ramai agar mengelakkan kawasan yang sesak bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

pkpb diganti dengan pkpp, rentas negeri dibenarkan mulai 10 jun

ERA Muzik Hit Terkini