Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-6 telah diarahkan untuk dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Tindakan untuk melaksanakan PKPD itu adalah atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mulai hari ini 20 April, sehingga 3 Mei 2020.
Advertisement
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), PKPD ke-6 itu akan meliputi lapan parcel iaitu:-
- Parcel A: Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
- Parcel B: Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
- Parcel C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
- Parcel D: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
- Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
- Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
- Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur
- Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur
Bagaimanapun, bekalan barang basah di Pasar Borong Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Pasar Borong Selayang tidak akan terjejas kerana pasar berkenaan tidak akan ditutup.
Sebarang pertanyaan mengenai PKPD dikawasan ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan PKP DBKL di 03-4026 7222 atau Pusat Kawalan IPD Sentul di 03-4048 2212.
Sumber: Awani