Skip to main content

Advertisement

Hiburan

PS5 Turun Harga Lepas 6 Bulan Ia Dilancarkan? Sabar Dulu..

Berdasarkan data bagi konsol-konsol Sony sebelum ini, diramalkan bahawa PlayStation 5 (PS5) mungkin akan menerima penurunan harga pertama setelah enam bulan ia dilancarkan.

ps5 turun harga lepas 6 bulan ia dilancarkan? sabar dulu..

Advertisement

Penurunan harga ini bukan dari Sony sendiri, sebaliknya daripada peruncit yang menjual konsol PS5. Ini boleh menjadi berita baik bagi kebanyakan peminat memandangkan PlayStation 5 adalah konsol Sony termahal setakat ini.

Menurut laman iPrice, kemungkinan besar PlayStation 5 dapat menurunkan harga dalam masa enam bulan akan datang. Biasanya pada masa itu adalah ketika peruncit mula memberikan potongan harga dengan acara penjualan musim panas atau acara penjualan lain seperti musim perayaan atau sewaktu dengannya.

ps5 turun harga lepas 6 bulan ia dilancarkan? sabar dulu..

Berdasarkan rekod sebelum ini, banyak konsol Sony telah mendapat diskaun sekitar 6%, yang dapat menjimatkan pengguna sekitar $30 untuk setiap konsol. Jangkaan yang sama untuk PlayStation 5 yang akan menerima penurunan sehingga 8% diskaun dimana ia akan menjimatkan pembeli hampir $70 keseluruhannya.

Namun sekali lagi perlu diingat bahawa diskaun ini bukan yang rasmi dari Sony, kerana Sony sendiri memakan masa lebih lama untuk menurunkan harga. Sony mengambil masa hampir dua tahun untuk mengumumkan penurunan harga bagi PlayStation 4, dan itu pun hanya penurunan sebanyak $50. Jadi, tidak hairanlah apabila Sony akan memakan masa lebih lama untuk mengurangkan harga PlayStation 5, terutama ketika ia sedang hangat ketika ini.

ps5 turun harga lepas 6 bulan ia dilancarkan? sabar dulu..

Satu-satunya cara untuk mengetahui akan penurunan harga PlayStation 5 ini adalah dengan hanya menunggu sehingga ada pengumuman rasmi dari Sony.

Sumber: Screenrant

ERA Muzik Hit Terkini