Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Belum Terima Laporan Bedah Siasat

kes bunuh nur farah kartini: polis belum terima laporan bedah siasat

Polis masih belum menerima laporan analisis lengkap keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dibunuh pada bulan lalu.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak polis masih menunggu pihak hospital untuk mengeluarkan laporan lengkap analisis bedah siasat berkenaan dalam sidang akhbar selepas menghadiri pelupusan barangan kes di Balai Polis Ara Damansara dekat sini pada Rabu.

Terdahulu, bedah siasat ke atas Nur Farah Kartini sebelum ini dilakukan di Hospital Sungai Buloh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

 

Sumber: Sinar Harian

 

ERA Muzik Hit Terkini