Polis di bandar England telah memperkenalkan beberapa kerusi awam khas untuk memerangi masalah kesunyian, lapor portal Good News Network.

‘Bangku Sembang’ ini ditempatkan di dua buah taman awam berlainan di Somerset, barat daya England bersama papan tanda kecil; “Duduk sini jika anda tak kisah seseorang singgah untuk berbual”.
Advertisement
Foto bangku tersebut disiarkan menerusi Facebook Jabatan Polis Avon dan Somerset baru-baru ini.
“Papan tanda ini dapat membantu merobohkan ‘tembok sosial’ yang wujud dalam kalangan orang asing semasa mereka berkongsi sesuatu tempat atau kemudahan. Kita semua boleh memainkan peranan masing-masing.
“Cuma singgah untuk berkata ‘hello’ kepada seseorang di ‘Bangku Sembang’ dapat membawa perubahan besar dan membantu menceriakan hidup golongan kesunyian dalam masyarakat,” kata jabatan polis berkenaan.

Menurut kajian, kira-kira sembilan juta penduduk Britain mengalami sindrom kesunyian dan berasa terpencil pada setiap tahun.
Sumber: Facebook
