Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Buru Remaja Rosakkan Makanan, Sudah Mohon Maaf Di Laman Instagram

Sejak malam semalam, tular video seorang remaja lelaki yang dipercayai sengaja merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tak kelakar bro, sikit pun tak kelakar.

A post shared by SYOK (@syok) on

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Marzukee Besar berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pengurus kedai berkenaan pada jam 11.20 malam tadi.

Advertisement

“Pengurus itu kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati video itu berlaku di kedai tempatnya bekerja.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kerugian makanan dan minuman yang rosak bernilai RM30,” katanya.

Sementara itu, seorang remaja dengan akaun @luqbubbles telah membuat permohonan maaf di laman Instagram atas tindakan itu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Luqman Hakeem (@luqbubbles) on

ERA Muzik Hit Terkini