Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Dan Tentera Akan Buat Pemeriksaan Dari Rumah Ke Rumah Semasa Aidilfitri

Polis dan tentera akan membuat rondaan dan juga pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfiti yang bakal menjelang.

nak bernikah antara alasan diberi ketika mahu rentas negeri

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika didapati sesebuah rumah terdapat banyak kenderaan diluar, pihak berkuasa akan membuat semakan di kediaman berkenaan.

Advertisement

“Apabila balik kampung, ramai yang menganggap pihak polis tidak akan mengawal rumah mereka.

“Betul, tidak mungkin untuk polis mengawal setiap rumah.

“Saya dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa pihak polis akan meronda di setiap kawasan dan jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman tersebut,” katanya pada sidang media hari ini.

polis dan tentera akan buat pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa aidilfitri

Ini adalah bagi memastikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dapat dipatuhi oleh semua semasa hari perayaan.

Tambah lagi, PDRM dan ATM telah bersetuju mengerahkan anggotanya menjalankan pemeriksaan pada hari raya pertama dan juga hari-hari seterusnya.

“Justeru, semua pihak diingatkan mengikuti SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Setakat 18 Mei, sebanyak 1,633 kenderaan dilaporkan telah cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung, bagaimana pun diarahkan untuk berpatah balik.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini