Menurut Autoblog, polis di bandar Dubai akan menggunakan kenderaan terbang, atau hoverbikes, hasil kerjasama dengan syarikat Rusia, seperti yang dipamerkan di Gulf Information Technology Exposition.

Kenderaan yang dikenali sebagai Scorpion, mampu terbang setinggi 5 meter di udara, dan boleh bergerak selaju 70km/h.
Advertisement


Kenderaan ini juga boleh membawa beban sehingga 300 kilogram.


Menurut laporan ABC, pihak polis Dubai akan mula menggunakan Scorpion dikawasan bandar kecil dan kurang kenderaan terlebih dahulu, sebelum meluaskan penggunaannya di kawasan-kawasan lain.
Sumber: Autoblog