Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Guna Dron Kawal Pergerakan Pada Waktu Malam Juga

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pasukan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersama Angkatan Tentera Malaysia kini juga menggunakan dron pada sebelah malam.

polis guna dron kawal pergerakan pada waktu malam juga

Dikenali sebagai Op Penawar, operasi mengawal dan memantau pergerakan orang awam ini tidak terhad pada waktu siang, sebaliknya ia juga tertumpu pada sebelah malam, khasnya pada kawasan pusat bandar dan sekitar Lembah Klang dan juga zon merah wabak COVID-19.

Advertisement

polis guna dron kawal pergerakan pada waktu malam juga

Terdapat lebih 10 dron yang digunakan, berupaya memberikan siren amaran dan nasihat kepada masyarakat dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Tamil.

polis guna dron kawal pergerakan pada waktu malam juga

Memasuki hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, masih dilihat banyak lagi kenderaan di jalan dan ramai individu yang gagal mematuhi arahan yang diberikan.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini