Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jaga Jarak Selamat, Polis Guna Alat Khas Gari Pesalah COVID-19

Bagi memastikan jarak selamat antara pihak berkuasa dengan pesalah laku, pegawai polis di Chandigarh, India telah menggunakan alat memerangi jenayah yang lebih selamat, iaitu satu set batang besi berukuran 5 kaki yang lengkap dengan alat kunci penangkap.

jaga jarak selamat, polis guna alat khas gari pesalah covid-19

Menerusi satu demo video, seorang polis telah menggunakan alat tersebut pada seorang sukarelawan, dengan mengunci hujung bulat di pinggangnya dan memanjangkan tiang untuk menjaga jarak yang selamat.

Advertisement

jaga jarak selamat, polis guna alat khas gari pesalah covid-19

"Peralatan yang hebat, latihan yang hebat !!!" kata Ketua Polis Negara India pada laman Twitternya sambil memuji "Ini cara unik untuk menangani suspek korona yang tidak bekerjasama dan mereka yang langgar perintah berkurung."

Demo alatan ini telah dipuji secara meluas, namun ada juga yang mengkritik tindakan itu sebagai melanggar maruah dan hak asasi manusia.

jaga jarak selamat, polis guna alat khas gari pesalah covid-19

Ini bukan kali pertama polis India memperkenalkan kaedah pencegahan yang pelik kerana sebelum ini pernah juga tular beberapa tindakan pihak berkuasa mereka seperti menulis permohonan maaf sebanyak 500 kali, dan meletakkan pesalah bersama dalam ambulans yang mempunyai pesakit korona.

Chandigarh, ibu kota Haryana dan Punjab, telah diisytiharkan sebagai zon penahanan dengan perintah berkurung yang ketat terhadap kota itu.

Sumber: NY Post

ERA Muzik Hit Terkini