Polis di Amerika Syarikat dikejutkan dengan panggilan kecemasan yang mendakwa menemui seekor aligator berdekatan dengan tempat penyimpanan.

Mereka dikejarkan ke Polk County, Florida sebelum mengesahkan bahawa ia hanyalah mainan buaya getah.
Advertisement

Panggilan diterima sekitar jam 1.50 petang oleh seorang wanita bersama suaminya yang sedang memindahkan barang ke dalam stor simpanan, sebelum terkejut dengan penemuan terbabit.
“Suami saya ke stor simpanan sebelum terkejut menemui seekor aligator di dalamnya,” kata wanita berkenaan.
Insiden berkenaan dikongsikan semula oleh laman Twitter rasmi Polk County Sheriff’s Office sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial lain.
Sumber: Daily Star