
Pencarian bahan bukti bagi kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, diteruskan oleh pihak polis di Sungai Trolak, Kampung Batu, Perak, hari ini.
Advertisement
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim pencarian dilakukan unit forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor bagi menjalankan pencarian barang peribadi mangsa.
"Hari ini kami meneruskan usaha pencarian bukti bagi kes ini iaitu bagi mencari barang peribadi mangsa di sekitar Sungai Trolak.
“Pencarian bukti di lokasi utama pembunuhan pula setakat ini sudah selesai namun, bergantung kepada pasukan forensik,” ujar beliau.
Terdahulu, pihak polis telah menemui telefon pintar yang dipercayai milik mangsa di lokasi utama pembunuhan, manakala beg tangan di lokasi kedua iaitu Sungai Trolak pada Rabu.
Sumber: Sinar Harian