Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Berjaya Kenal Pasti Wanita Warga Asing Tidak Pakai Pelitup Muka Masuk Pusat Beli-Belah Terkemuka

Seorang wanita warga asing yang tular baru-baru ini akibat sikapnya yang tidak mahu memakai pelitup muka ketika di pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur akhirnya dikenalpasti pihak Polis.

polis berjaya kenal pasti wanita warga asing tidak pakai pelitup muka masuk pusat beli-belah terkemuka

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan pihak polis telah membuka siasatan berhubung kes tersebut.

“Ya saya boleh mengesahkan bahawa wanita terbabit telah dikenal pasti. Kita telah membuka siasatan bagi pelanggaran prosedur operasi standard di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

polis berjaya kenal pasti wanita warga asing tidak pakai pelitup muka masuk pusat beli-belah terkemuka

Tambahnya, beliau menegaskan wanita berkenaan akan dipanggil untuk disoal siasat tidak lama lagi.

Terdahulu, isu wanita warga asing ini menjadi bualan hangat warganet yang berang akan tindakan tidak bertanggungjawab.

Malah, kejadian itu juga mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mahu setiap warganegara mahupun pelancong asing agar mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka.

Sumber: Mstar / The Star
 

ERA Muzik Hit Terkini