Advertisement

Polis menafikan dakwaan tindakan remaja yang tular mencuri tabung masjid untuk membeli ubat datuknya hanyalah rekaan semata-mata sebaliknya kegunaan untuk membeli dadah. Malah duit tersebut juga ingin digunakan untuk bermain judi dalam talian.
“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.
“Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.
Dalam satu laporan Malaysia Gazette, Datuk kepada remaja itu sendiri yang membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perangai cucunya itu. Malah, datuknya menyeru orang ramai agar tidak menyalahkan pihak ajk masjid berikutan video viral remaja tersebut yang dimandikan seperti seorang jenazah.
Semalam remaja berkenaan dikenakan hukuman penjara 10 hari dan didenda sebanyak RM4000.
Sumber Sinar Harian, Malaysia Dateline