Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Nasihat Orang Ramai Hati-Hati Penipu Curi Duit KWSP 2

Susulan pengumuman oleh kerajaan berkenaan pengeluaran duit daripada akaun dua KWSP, polis meminta orang ramai agar lebih berwaspada dengan taktik dan sindiket penipuan.

polis nasihat orang ramai hati-hati penipu curi duit kwsp 2

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang laporan diterima berhubung kes berkenaan, namun polis berharap kes seperti ini dapat dicegah lebih awal.

Advertisement

polis nasihat orang ramai hati-hati penipu curi duit kwsp 2

Selepas Perdana Menteri mengumumkan permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP, difahamkan telah wujud sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.

"Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak berurusan dengan individu yang mewakili kelompok atau persatuan. Jangan beri sebarang data yang boleh dimanipulasi oleh penipu (scammer).

“Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya lagi kepada pemberita.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini