Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Pakai Kostum COVID-19 Takutkan Rakyat Masih Berkeliaran Ke Sana Ke Sini

Pihak berkuasa khasnya polis di Bolivia, sebuah negara di kawasan Selatan Amerika, terpaksa menggunakan pendekatan berbeza dalam menyeru rakyat negara berkenaan agar kekal berada dalam rumah.

Beberapa anggota polis disini akan menggunakan kostum COVID-19 sebagai salah satu taktik menyamar, sebelum berjalan-jalan di ibukota Bolivia, La Paz.

Advertisement

polis pakai kostum covid-19 takutkan rakyat masih berkeliaran ke sana ke sini

Polis yang berpakaian kostum itu akan berpura-pura bermain irama muzik dan berborak dengan rakyat yang masih berkeliaran, sambil memberikan nasihat agar tidak berada ditempat awam ekoran daripada pandemik COVID-19 ini.

polis pakai kostum covid-19 takutkan rakyat masih berkeliaran ke sana ke sini

polis pakai kostum covid-19 takutkan rakyat masih berkeliaran ke sana ke sini

Malahan juga, pendekatan yang diambil pihak polis ini mendapat sambutan ramai kerana mereka kini boleh melihat COVID-19 berkeliaran ditempat awam, membuatkan rakyat berada takut.


Menurut undang-undang yang diamalkan Bolivia, rakyatnya hanya dibenarkan untuk keluar sekali dalam seminggu. Itu pun hanya seorang sahaja dalam keluarga dibenarkan untuk keluar antara jam 7 pagi hingga 7 petang.

Sumber: Mirror UK

ERA Muzik Hit Terkini