Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Tahan Warga Asing Tular Tak Pakai Pelitup Muka Untuk Siasatan

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Kanada tular akibat tidak memakai pelitup muka dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

polis tahan warga asing tular tak pakai pelitup muka untuk siasatan

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menahan individu tersebut pada pukul 8.30 malam untuk memberikan keterangan.

“Kita menahan lelaki berusia 44 tahun yang bekerja dan menetap di negara ini untuk siasatan selanjutnya.

“Namun, lelaki berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut,” katanya.

polis tahan warga asing tular tak pakai pelitup muka untuk siasatan

Kes masih disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Orang ramai yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi IPD Wangsa Maju ditalian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini