Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Kemaman Ucap Terima Kasih Pada Lembaga Putih Tolong PKP

Sebelum ini pernah tular foto satu kelibat lembaga putih berdiri atas sebuah van, sehingga menimbulkan ketakutan pada orang ramai yang keluar pada waktu malam.

polis kemaman ucap terima kasih pada lembaga putih tolong pkp

Gambar berkenaan adalah milik seorang pengguna Facebook, Muhammad Urabil dari Chukai, Terengganu, yang telah mendapat ribuan share, like dan komen di laman sosial.

Advertisement

Pada mulannya, Urabil merasa cemas apabila sekumpulan polis lengkap dengan pakaian operasi dari IPD Kemaman datang ke rumahnya.

Menurut beliau, polis bertanyakan mengenai perbuatan dirinya memakai pakaian lembaga putih yang menakutkan remaja berkeliaran pada waktu malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

polis kemaman ucap terima kasih pada lembaga putih tolong pkp

Walaubagaimana pun, pihak polis hanya mahu berterima kasih kepada dirinya kerana membantu dalam melaksanakan PKP selain menggalakkan orang ramai khasnya remaja untuk tinggal dirumah.

Tambah lagi, sejak kemunculan lembaga putih itu, bilangan remaja dan belia yang keluar rumah khasnya di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung juga semakin berkurangan.

Dalam laporan berbeza, Indonesia juga menggunakan pocong sebagai cara untuk menakutkan penduduk yang sering keluar malam sepanjang arahan kuarantin dikeluarkan dinegara itu.

indonesia hantar pocong takutkan rakyat degil yang suka keluar rumah

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini