Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pihak Pengurusan Tutup ‘Port’ Viral Bergambar Dengan Kapal Terbang Selepas Tempat Dipenuhi Sampah Sarap

Sebuah port cantik untuk bergambar berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang yang tulat baru-baru ini dilaporkan telah ditutup.

Difahamkan, tempat tersebut dipenuhi dengan para pengunjung terutamanya pada hujung minggu. 

Advertisement

pihak pengurusan tutup ‘port’ viral bergambar dengan kapal terbang selepas tempat dipenuhi sampah sarap

Pihak pengurusan Malaysia Airports bertindak untuk menutup tempat yang menjadi tumpuan pengunjung itu setelah ia dipenuhi sampah sarap yang bersepah.

Menurut perkongsian pengguna Facebook Are Peace, ia juga ditutup atas faktor keselamatan pengunjung selain isu lambakan sampah sarap di situ.

Namun, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka.

pihak pengurusan tutup ‘port’ viral bergambar dengan kapal terbang selepas tempat dipenuhi sampah sarap

Pengunjung juga tidak perlu risau kerana ‘viewing deck’ masih dibuka dan berpeluang untuk melihat kapal terbang di tempat lebih selamat.

“Tempat yang tutup tu adalah tempat viral seperti dalam video itu sahaja... Kalau siapa yang pernah pergi akan tahu sebab dekat area situ ada dua, tiga tempat yang jadi tumpuan orang ramai jadi tempat yang di dalam video saya sahaja yang ditutup,” katanya.

Pelbagai reaksi yang dilontarkan warganet apabila mendapat tahu ramai individu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan sampah merata-rata ketika berkunjung ke tempat awam.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini