Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Portal E-Sukan Dan Perkerjaan Game Pertama Di Malaysia Dilancarkan

eGG Network sekali lagi telah menaikkan industri e-sukan di Malaysia dengan pelancaran Alliance of Campus Esports (ACE), hari ini.

portal e-sukan dan perkerjaan game pertama di malaysia dilancarkan

ACE Varsity, sebuah portal yang menampilkan e-sukan dan perkerjaan berasaskan permainan serta program e-kurikulum pertama seumpananya didalam negara ini akan menarik minat orang ramai, khususnya golongan pelajar.

Advertisement

Menurut timbalan naib presiden Esports Business, eGG Network, Yubin Ng, ACE bukan sekadar pertandingan e-sukan, tetapi ia bertujuan membangunkan industri e-sukan ini daripada peringkat akar umbi.

Pelajar yang telah mendaftar dibawah ACE akan diberikan cabaran dibawah program e-kurikulum dan akan mempelajari selok-belok e-sukan, supaya ia dapat diaplikasi dalam kehidupan sebenar. Selepas tamat program e-kurikulum ini, pelajar akan diberikan e-sijil sebagai pengesahan.

Bukan itu sahaja, mereka berupaya untuk mencari pekerjaan yang berkaitan dengan permainan video game menggunakan portal ini. Pelbagai syarikat yang membangunkan industri digital, gaming dan e-sukan juga ada dalam senarai didalam portal ini.

Bukan itu sahaja, ACE juga kini mengembangkan Campus Invasion and Championship ke universiti-universiti tempatan seperti jadual dibawah. Setiap Campus Invasion akan mengumpulkan wakil Dota 2 dan Mobile Legends dari kawasan utara, selatan dan tengah untuk bermain di pertandingan akhir yang akan diadakan di Lembah Klang pada 29 dan 30 Jun 2019.

UiTM Shah Alam29 & 30 April
UTM Johor7 & 8 Mei
UKM Bangi13 & 14 Mei
APU, Bukit Jalil28 & 29 Mei
UiTM Penang11 & 12 Mei
HELP, Subang17 & 18 Jun
MSU, Shah Alam8 & 9 Julai

Maklumat lanjut, layari https://ace.egg.network/

ERA Muzik Hit Terkini